Percubaan membuat jus merawat saluran darah jantung yang tersumbat

02:41

Percubaan membuat jus  merawat saluran darah jantung yang tersumbat

Assalamuaalaikum,

Hari tu ada terbaca orang share dalam group whatsapp cara nak bagi lubang saluran jantung tersumbat menjadi lancar dan saluran sempit menjadi lebar.Jadi nak try cuba buat resepi yang diorang bagi ni.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama. Bahan diperlukan:

1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal

Cara Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih. Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insya Allah rawatan ini akan berhasil.

Bukan apa baru-baru nie ada rasa sakit dada,rasa jantung menyucuk mulalah timbul rasa risau sebab sekarang serangan jantung tidak kenal usia.Gemuk atau kurus tidak menjamin jantung korang sihat.Sebagai seorang lelaki benda ni kena ambil peduli sebab penyakit ini pembunuh nombor satu kaum lelaki.Geng berhati-hati la ye.

Maka saya pergi check jantung kat klinik kerajaan biar cegah sebelum terlambat.Setelah buat pemeriksaan ECG alhamdulillah jantung saya normal dan sihat.Doktor kata dada sakit mungkin disebabkan gastrik sebab ada kes gastrik rasa menyucuk naik hingga ke dada.Dia bagi ubat gastrik pil, malam tu sakit menyucuk tu surut.

Lega rasanya sebab dah berapa hari tak dapat tidur malam bukan sebab sakit dada tapi fikir bukan-bukan pasal jantung dalam badan ni.Dalam kepala asyik fikir “Muda lagi tak kan kena sakit jantung kot”,”Aku jogging setiap minggu kot” “Rokok pun tak hisap macam mana boleh kena ni”, “Berapa la agak nya kos nak bedah jantung kalau tersumbat?”  jauh imaginasi melayang ni pergi.

Walaupun dah check jantung normal.Rasa risau tetap ada dengan umur semakin meningkat dengan pemakanan yang main belasah je semua. Sepanjang perjalanan hidup ni,ada beberapa kenalan yang meninggal sebab sakit jantung umur 20an 30an 40an yang 50an keatas itu biasa. Mati itu pasti ,kalau boleh semua orang tak nak mati tiba-tiba banyak benda nak buat kononnya sebelum tu.Semua ketentuan Allah kita hanya mampu berdoa,berusaha dan mencegah.

Okey pergi shopping dulu bahan-bahan dia lemon halia madu apple cider dengan bawang putih.

8 biji lemon
1 botol madu
7 Halia
Bawang putih 1 kilo
1 botol apple cider



Bila google tengok orang lain buat resipi ni,macam2 versi resepi jumpa.Ada orang suka buat ambil hampas dia sekali,ada yang suka ambil pati jus sahaja,ada yang blend tak masak minum gitu je,ada pulak yang rebus bahan dengan air semua sekali tak payah blend ambil air rebusan sahaja.

Jadi yang nak try ni resipi asal yang ambik jus sahaja dan masak sebab senang nak telan kalau ada hampas tu terasa serdak-serdak bahan sangkut kat tekak pulak nanti.
Jumlah jus nak buat lebih kurang dalam 1.2 liter.Aturan jus setiap bahan 250ml setiap satu.
Saya guna blender buat jus (juicer blender) yang asingkan hampas dengan air.Tak payah campur air dapat jus pure kaw-kaw.Tapi lepas guna kena cepat basuh melekat bau dia nanti.

Siap kupas semua bahan-bahan. Proses mengupas pun ambil masa juga.Yang tang bawang putih tengok youtube cara pantas kupas bawang putih guna dua mangkuk goncang sampai lenguh tangan maka konon tercabut la kulit dari isinya.Cara in hanya berkesan 70% yang lain tu kena kupas guna tangan tapi jadi mudah sebab kulit dengan isi dah longgar.Kalau nak jus bawang putih tanpa campur air perlukan bawang putih yang sangat banyak,sangat-sangat banyak.Kalau tengok gambar diatas bawang putih tu tak cukup untuk dapatkan kuantiti jus 250ml kena la kupas lagi.Agaknya penuh satu mangkuk bawah tu.Untuk bahan lain tiada masalah,air jus keluar dengan banyak.



Cara nak ambil jus lemon dengan senang pulak tengok video nie.Nie kaedah manual yang saya rasa berkesan bagi saya.




Jus yang sudah siap di blend,setiap mangkuk mengandungi 300ml jus bahan-bahan tadi


Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan



Hasil selepas masak 1 Jam.Cari botol lama yang cantik sikit untuk simpan maka siapla JUS merawat saluran darah jantung yang Ajaib. Proses membuat mengambil masa 2 jam setengah,proses agak remeh dan leceh tapi puas hati bila akhirnya berjaya siapkan.Kalau ada orang jual jus ni yang dah sudah siap senang kerja.Tak payah mengadap benda ni lama-lama.




Test rasa dulu sesudu .Rasa agak pedas,masam dan manis.Jangan ambil sekali banyak sebab perut akan rasa terbakar.Tak percaya cuba la sebab saya dah cuba minum setengah cawan teh,gila menyesal.Cukup sekadar 2 kali sesudu pagi 2 kali sesudu malam.

Memang buat lebih sikit boleh ramai orang minum.Niat pertama buat untuk kongsi minum dengan mak sebab mak ada mengadu sakit dada nafas pun asyik semput jadi kami sama-sama nak cuba.

Masuk seminggu minum, terdapat perubahan boleh nampak.Walaupun muda dan sihat tapi perubahan tu tetap ada.Masalah sembelit makin berkurang.Berat badan turun ,tapi tak banyak.Jantung walaupun sebelum tu normal  dan sihat tapi lepas makan,boleh rasa bila jogging tu kurang rasa penat berbanding dulu. Mak cakap dia pun kurang penat berbanding dulu.

Mungkin Jus ni kena minum selalu dan banyak baru boleh nampak perubahan yang ketara.

Selamat Mencuba.Sayangilah Jantung Anda.



You Might Also Like

4 comments

  1. part minum secawan tu best.. hahahh boleh kot buang lemak dalam perut?

    ReplyDelete
  2. bahaya tu minum setengah gelas. Suami sy mnum 1sudu besat pon dah terasa terbakar.Mungkin bawang putih terlebih

    ReplyDelete
  3. How to make money from playing casino games? - Work Tomake Money
    In the end, you will want to make a few 양주 출장마사지 bucks 경상북도 출장마사지 and some money งานออนไลน์ and try to make money. The minimum amount you can afford 계룡 출장마사지 to wager at is $100,000. For 안산 출장마사지 more info,

    ReplyDelete

Popular Posts